• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Calon Paling Tepat Sandang Presiden FAM

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat sebagai calon paling tepat untuk menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pendapat itu disuarakan EXCO Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Azman Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai senarai pencalonan bagi merebut jawatan ‘kerusi panas’ itu.

Beliau berkata perubahan dibuat Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu sejak mengambil alih kelab JDT menunjukkan baginda mempunyai visi dan misi yang jelas dalam usaha membangunkan bola sepak negara apabila berjaya menjadikan JDT sebagai salah satu kuasa besar dalam bola sepak di rantau Asia Tenggara.

“Secara peribadi saya mengharapkan TMJ dapat menjadi presiden FAM kerana melihatkan perkembangan pasukan JDT di bawah pimpinan baginda pada ketika ini, mungkin baginda boleh buat perkara yang sama kepada FAM.

“Walaupun TMJ sendiri telah menyuarakan untuk tidak bertanding, dengan adanya pencalonan ini, saya berharap baginda dapat mengubah fikiran dan bertanding demi menaikkan tahap bola sepak negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa tiga lagi calon yang disenaraikan turut mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri, namun TMJ dilihat sebagai calon yang lebih tepat berdasarkan pencapaian JDT di bawah kepimpinan baginda.

“Keempat-empat calon mempunyai kelebihan dan mungkin cara tersendiri untuk menangani masalah bola sepak di negara kita tetapi TMJ telah membuktikan kemampuan baginda melalui kelab JDT,” jelasnya.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam, mengumumkan senarai empat tokoh yang dicalonkan 20 ahli gabungan FAM bagi merebut jawatan presiden badan induk itu pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac depan.

Empat tokoh berkenaan ialah bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa; Tunku Ismail; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Hamidin turut memaklumkan bahawa surat pengesahan pencalonan bagi jawatan tersebut akan dihantar dalam masa terdekat dan empat tokoh berkenaan perlu membuat keputusan untuk bertanding ataupun tidak selewat-lewatnya 13 Feb depan sebelum senarai calon akhir akan dibentangkan dalam Mesyuarat Exco dan akan diumumkan pada 20 Feb ini. – BERNAMA

Tags: FAMTMJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd