• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Semestinya Beliau Tiada Cita-Cita Politik

oleh AK-47
27/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang yang tidak atau belum lagi memegang jawatan politik tidak semestinya tiada cita-cita politik hanya kerana mereka mendakwa kerana mereka mahu memegang jawatan dalam persatuan bola sepak.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, ada kemungkinan orang yang mahu memegang jawatan itu kerana mempunyai saudara-mara dalam kalangan ahli politik.

“Adakala juga orang yang dilihat bukan orang politik, tetapi alang kepalang poitiknya,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar dalam pada itu mengingatkan sebarang usaha menolak peranan dan penglibatan ahli politik dalam bola sepak tanahair bererti menolak dan menafikan peranan majoriti pimpinan bola sepak negeri sedia ada.

Katanya, pemimpin bola sepak hampir kebanyakan negeri termasuk Selangor dan Pulau Pinang adalah badan gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pernah atau sedang dipimpin oleh ahli politik.

Menurut beliau, pemimpin bola sepak terbabit terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan UMNO.

“Sementara beberapa negara anggota Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dipimpin ahli politik termasuk menteri dan bekas menteri kabinet,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan Presiden baharu FAM yang menolak atau tidak berkerjasama dengan ahli politik bakal gagal membangunkan bola sepak negara dengan berkesan.

Jelas beliau, pembangunan bola sepak malaysia memerlukan persefahaman dan kerjasama pelbagai pihak dalam suasana saling menghormati dan penuh muafakat tanpa mengira latar belakang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMKAFApolitikTan Sri Annuar Musa.
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd