• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersungkur Di Ladang Sawit

oleh Ahmad Albab
27/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Dua penjenayah paling dikehendaki ditembak mati dalam kejadian di ladang kelapa sawit, dekat Felcra Sungai Ara, di sini, awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Zakaria Ahmad, berkata insiden bermula apabila polis yang melakukan rondaan cegah jenayah ternampak dua lelaki menunggang motosikal tanpa topi keledar.

Katanya, anggota kemudian meminta mereka berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun, penunggang Honda Wave itu masuk ke dalam lorong menuju ke satu ladang kelapa sawit.

“Melihat keadaan itu, anggota polis berkenaan mengejar suspek dan sebaik tiba mendapati kedua-dua suspek terjatuh.

“Anggota meminta suspek menyerah diri sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, bimbangkan keselamatan diri anggota terbabit melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan suspek pertama maut serta merta.

Katanya, seorang lagi suspek yang berada di kawasan berhampiran diminta menyerah diri namun meluru ke arah anggota sambil menghayun parang.

“Melihat keadaan genting, anggota terbabit tiada pilihan kecuali melepaskan tembakan.

“Kedua-dua suspek warga Indonesia berusia antara 20-an hingga 30-an itu maut di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Apa (penalti lebih berat) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek terbabit dalan lima kes samun termasuk mengakibatkan dua kematian.

“Kami turut menemui beberapa alat dipercayai untuk digunakan untuk memecah rumah seperti pemotong besi dan besi penyungkil.

“Honda Wave yang digunakan itu dilaporkan hilang dalam satu kes samun di Mersing, September lalu,” katanya. – myMetro Online

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd