• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Dukacita Kejadian Kanak-Kanak Lemas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita kejadian kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan mati lemas akibat banjir malam tadi.

Tengku Abdullah bertitah baginda sendiri terkejut apabila dimaklumkan tentang kejadian yang menimpa Siti Nurdarwisyah Abdul Rahman di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Baca: Kanak-Kanak Korban Pertama Banjir Di Pahang

“Sebelum ini telah beberapa kali saya ingatkan ibu bapa supaya mengawasi keselamatan anak-anak semasa banjir.

“Bagaimanapun ini adalah ketentuan dan saya berharap keluarga mangsa bersabar menghadapi ujian ini,” titah baginda semasa melawat Pusat Pemindahan Banjir di Balai Raya Kampung Simpang Tebing Tinggi di sini hari ini.

Turut berangkat ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada masa yang sama, baginda turut menyeru ibu bapa lain supaya menjadikan insiden itu sebagai iktibar agar kejadian yang sama tidak berulang.

Kejadian itu pukul 7.22 petang apabila bapa mangsa Muhammad Firdaus Sazali, 24, menyedari anaknya hilang sebelum meminta jiran membantu mencari anak tunggalnya itu.

Siti Nurdarwisyah ditemui setengah jam kemudian, tidak jauh dari kawasan rumah dalam keadaan tersangkut di celah pokok sebelum dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.17 malam.

Sementara itu, baginda menyelar tindakan segelintir remaja yang disifatkan sengaja menempah maut dengan melakukan aksi ‘stunt’ dengan terjun dari papan tanda “TEMERLOH” yang teletak di Sungai Pahang baru-baru ini.

Pada 28 Jan lalu, video berdurasi selama tujuh saat yang menjadi viral di media sosial memaparkan aksi beberapa remaja terjun dari papan tanda tersebut ke dalam Sungai Pahang yang melimpah akibat banjir. – BERNAMA

Tags: BanjirTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd