• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Tetak Dan Bakar Rumah Direman 7 Hari

oleh Ahmad Albab
23/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Suspek yang dipercayai menetak seorang lelaki lain sebelum membakar sebuah rumah sehingga mengorbankan tiga mangsa di Kampung Tumu, Batu 10 Jalan Matang, dekat sini, direman tujuh hari sehingga 30 Januari depan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata siasatan lanjut mendapati suspek lelaki berusia 42 tahun itu adalah rakyat tempatan yang berasal dari Simunjan dan bukannya warga asing seperti mana laporan awal.

“Kami masih memeriksa rekod perubatan suspek. Sehingga kini kami masih belum dapat memastikan tahap kesihatannya,” katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, suspek berkenaan bertindak menetak Mohd Joe Abdullah, 23, di bahagian leher dan pinggangnya sehingga maut sebelum membakar rumah itu, mengakibatkan Mohd Joe bersama dua lagi warga emas rentung.

Polis bagaimanapun dapat menahan suspek di dalam kawasan hutan tidak jauh dari lokasi kejadian pada 7.30 malam dan menemukan sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Motif kejadian masih disiasat. – BERNAMA

Tags: kes tetakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd