• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 932 Individu Sepanjang 2016

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 932 individu kerana terbabit salah laku rasuah sepanjang tahun lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata daripada jumlah itu, SPRM telah membuka 982 kertas siasatan dan 258 daripadanya dibawa ke mahkamah setakat 15 Dis lepas.

“2016 boleh dianggap sebagai pencapaian terbaik buat SPRM berbanding tahun sebelumnya… pada 2013, SPRM hanya menahan 509 individu, 2014 seramai 552 individu dan pada 2015 seramai 841 individu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Forum Menyokong SPRM Membanteras Rasuah di Kelab Diraja Taman Tasik Perdana di sini, hari ini.

Sementara itu, Shamsun Baharin turut melahirkan kebimbangan berhubung penglibatan golongan muda dalam gejala ini yang mana 54 peratus iaitu 1,267 daripada 2,346 individu yang ditahan daripada tahun 2014 hingga 2016 berusia bawah 40 tahun.

“Fenomena ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan kumpulan pelapis kepimpinan negara masa hadapan.

“Oleh itu, pelbagai usaha seperti kempen dijalankan SPRM bagi mengelak masalah rasuah menjadi semakin parah dalam kalangan belia negara kita,” katanya.

Katanya SPRM mengambil pendekatan memulakan usaha itu dari peringkat sekolah dan universiti dalam memperkasakan nilai integriti sebelum golongan itu memasuki alam pekerjaan. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd