• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Kedah Tahan 76 Suspek Rasuah Sepanjang 2016

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah menahan 76 individu terbabit rasuah di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata daripada jumlah itu, 50 orang daripadanya adalah kakitangan kerajaan dengan 28 orang terdiri daripada anggota penguat kuasa beruniform.

“Baki daripada jumlah keseluruhan itu adalah orang awam dan sepanjang tahun lalu SPRM telah membuka 182 kertas siasatan.

“Sebanyak 484 maklumat telah diterima SPRM yang disiasat secara rasmi dan juga tidak rasmi,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata semua maklumat yang diterima itu adalah daripada orang awam termasuk juga daripada laporan media.

Katanya daripada kesemua tangkapan itu, SPRM telah menyita dan merampas barangan dan wang tunai bernilai jutaan ringgit.

“Ada juga daripadanya yang boleh dikatakan sebagai tangkapan berprofil tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih daripada orang ramai yang telah menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti rasuah itu.

“Tanpa mereka tidak mungkin SPRM mencatatkan kejayaan ini dan mengharapkan sikap sedemikian dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata pada tahun ini pihaknya telah merancang pelbagai program kesedaran terhadap masyarakat agar menjauhi sebarang gejala rasuah.

Mohd Fauzi turut memberi ingatan kepada penjawat awam agar mengambil serius ingatan SPRM agar tidak terbabit dalam sebarang unsur rasuah seperti bermain golf dengan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan termasuk yang mendapat penajaan untuk bercuti ke luar negara.

“Setakat ini, SPRM Kedah tidak mempunyai maklumat berkaitan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd