• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shah Iskandar Terpaksa Tolak Lepak Kedai Kopi

oleh Ahmad Albab
12/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Shah Iskandar terpaksa menolak untuk menyertai apa-apa majlis sosial termasuklah melepak bersama-sama rakan di kedai kopi selepas melalui fasa baharu dalam kehidupannya.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 35, berkata, sejak berumahtangga masanya banyak ditumpukan kepada keluarga sehingga tiada masa untuk memikirkan aktiviti sosial berbanding ketika waktu bujangnya dahulu.

“Senang kata saya sekarang seorang yang mengutamakan keluarga sehinggakan pada satu ketika saya terpaksa menolak untuk menyertai apa-apa majlis sosial waima melepak bersama rakan-rakan di kedai kopi atau ke gim.

“Hero pelapis kini semakin ramai, saya harus akui sesetengah daripada mereka juga berlumba-lumba ke gim untuk dapat bentuk badan menarik dalam usaha jaga keterampilan diri sekali gus beri peluang untuk mereka menerima watak yang lebih besar.

“Itu pilihan masing-masing tetapi untuk diri sendiri, saya lebih selesa begini kerana paling penting saya perlu jaga kualiti lakonan dan hubungan baik bersama orang sekeliling, itu sering saya praktikkan untuk terus bertahan,” katanya kepada mStar Online.

Shah Iskandar dan Azar Azmi akan bergandingan dalam drama 'Syurga Tak Sempurna' untuk siaran Hypp TV bermula 16 Januari ini. FOTO: M Azhar Arif
Shah Iskandar dan Azar Azmi akan bergandingan dalam drama ‘Syurga Tak Sempurna’ untuk siaran Hypp TV bermula 16 Januari ini. FOTO: M Azhar Arif

Shah ditemui pada sidang media memperkenalkan drama Syurgaku Tak Sempurna bertempat di Zawara Cafe, Wangsa Melawati, di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Drama 30 episod ini akan disiarkan pada 16 Januari depan menerusi saluran Hypp Sensasi (HyppTV saluran 116) setiap hari Isnin dan Selasa bermula pukul 9 malam.

Selain Shah Iskandar, turut menjayakan drama arahan Michael Ang ini ialah Raja Ilya, Uqasha Senrose, Didie Alias, Mustapha Kamal, Azar Azmi dan Aedy Ashraff.

Shah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Mohd Noor, 31, pada 16 Januari 2016.

Dalam pada itu katanya lagi, pada usia sekarang, dia harus menerima hakikat kebanyakan watak yang diterimanya lebih kepada lelaki dewasa dan matang.

“Sekarang ni untuk memegang watak lelaki ‘jambu’, budak kolej atau seumpamanya jangan mimpilah sebaliknya saya mula diberi watak lelaki berkeluarga dan ‘bertitle’ duda.

“Saya tidak kisah dan harus akui mulai selesa dengan watak-watak sebegitu selari dengan status saya dan usia kematangan saya di dalam industri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata pelakon Surah Buat Maisara ini lagi, dia tidak pernah meletakkan diri untuk memilih produksi tertentu sebagai platform untuk dirinya berkarya.

“Saya tak nak dilihat terikat pada satu-satu produksi sehingga dilabel sebagai kroni, anak emas atau yang seumpamanya kerana saya ada pendirian dan cara tersendiri untuk mengatur perjalanan kerjaya seni saya.

“Ini kerana sifat saya sendiri suka mencuba sesuatu yang baru dan mengambil setiap daripada pengalaman bekerja dalam usaha membaiki kelemahan diri yang ada,” katanya. – mStar Online

Tags: pelakonShah Iskandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd