• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ini Tawar Jadi Teman Lelaki Upahan Sempena CNY

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini, kita sering membaca berita mengenai perkhidmatan sewa teman lelaki di China tetapi kini ‘servis’ tersebut sudah mula menular di negara ini.

Tahun Baru Cina (Chinese New Year/CNY) adalah musim perayaan paling penting bagi kaum Cina dengan semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada malam perayaan itu.

Kini, wanita bujang di negara ini tidak perlu runsing kerana di Malaysia sudah ada tawaran perkhidmatan sewa teman lelaki.

Bagi wanita bujang yang mungkin tertekan apabila ibu bapa atau ahli keluarga sering bertanya mengenai teman lelaki, anda boleh menyelesaikan masalah dengan hanya menyewa seorang lelaki dengan harga RM888 untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

Zeann Jian menerusi akaun Facebooknya menawarkan perkhidmatan sewa teman lelaki sempena Tahun Baru Cina kali ini.

Lelaki Ini Tawar Jadi Teman Lelaki Upahan Sempena CNY

Dia turut memuat naik biodata dan latar belakang mengenai dirinya bagi memberi ruang kepada wanita bujang memilih dan memenuhi kriteria diperlukan.

Lelaki berusia 26 tahun ini sedia menjadi teman lelaki ketika sambutan Tahun Baru Cina dengan harga RM888 dan turut menawarkan harga RM88 untuk sehari serta RM188 untuk majlis reunion.

Nyata, perkongsian Zeann ini mendapat respon positif daripada netizen terutamanya wanita berbangsa Cina yang teruja dengan perkhidmatan ditawarkan.

Ada netizen berpendapat perkhdimatan ini dapat membantu mereka berhadapan dengan keluarga ketika sambutan perayaan dan menjadikan mereka lebih bersemangat.

Namun, ada juga yang menganggap iklan tersebut hanyalah sebagai gurauan.

Tradisi Cina melihat perkahwinan sesuatu yang sangat penting dan wanita bujang yang melepasi usia 27 tahun dianggap sebagai ‘Shengnu’ atau wanita tidak laku.

Namun, beberapa lelaki bujang melihat keadaan itu sebagai peluang menambah pendapatan dan menyewakan diri bagi menjadi teman lelaki kepada wanita yang terdesak untuk pulang ke kampung dan sekali gus menjadi trend popular di China. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CNYkuala lumpursewaTahun baru Cinateman lelaki
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd