• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut, 4 Cedera Kemalangan Akibat Babi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang wanita maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan yang berpunca daripada babi melintas di Kilometer 51, Jalan Kuantan-Kemaman, berhampiran Chendor di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Trafik negeri, Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa Hamzatul Saira Juhari, 34, yang berasal dari Kijal, Terengganu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, ketika kejadian mangsa Hamzatul Saira yang bekerja sebagai penyambut tetamu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kemaman dengan menaiki kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu rakannya Ahmad Safuan Ahmad Ramli, 24, yang cedera dalam kejadian itu.

“Turut tercedera ialah pemandu dan penumpang kereta Proton Waja Mohd Aizuddin Razak, 29, yang merupakan inspektor kesihatan Pekan, isterinya Nurul Mardhiah Mahusin, 29, yang bekerja sebagai pembantu tadbir Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan anak mereka Ahmad Zarif, 2,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara Mohd Abdul Halim Abdullah, 38, yang memandu kereta Proton Wira, tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta yang dipandu oleh Ahmad Safuan dan Mohd Abdul Halim yang datang dari arah bertentangan terlanggar seekor babi yang sedang melintas.

“Kereta dipandu Ahmad Safuan kemudiannya terbabas ke jalan bertentangan dan melanggar kereta Proton Waja yang dinaiki keluarga Mohd Aizuddin,” katanya semasa dihubungi di sini.

Mohd Noor menambah akibat pelanggaran itu, Ahmad Safuan, Mohd Aizuddin dan Nurul Mardhiah cedera parah manakala Ahmad Zarif yang dipangku ibunya cedera ringan dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Beliau berkata jenazah mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd