Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

“Mereka Bagaikan Anak Angkat...

TRAGEDI kebakaran yang telah menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam benar-benar meninggalkan...

Kaki Ayam Berusia 46...

KALAU berkunjung ke negara China, selain soal halal dan haram, aspek keselamatan makanan seperti ...

Rompin: Masyarat Cina Respon...

ROMPIN - Masyarakat Cina memberi maklum balas memberangsangkan terhadap calon BN, Datuk Hasan...

Netizen Kutuk Muhyiddin Mahu...

ALAHAI.... Belum cukup sebulan berkuasa, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat makin 'melalut' dalam...

Semak Dan Bayar Saman Polis Di Lima RnR

Orang ramai kini dapat menyemak dan membuat pembayaran saman dengan mudah apabila polis membuka kaunter di lima kawasan Rehat dan Rawat (RnR) yang sering menjadi tumpuan pengguna jalan raya.

Menerusi akaun Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menjelaskan lima kawasan tersebut membabitkan RnR Seremban Lebuh Raya Plus (arah selatan), RnR Genting Sempah di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, RnR Pandan di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) Johor Bahru Selatan, RnR Gelang Patah/Tuas Johor Bahru dan RnR Tapah di Lebuh Raya Plus (arah utara).

Kaunter yang sudah mula beroperasi sejak 21 Januari lalu dan akan berakhir pada 5 Febuari depan bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat semakan dan bayaran saman mereka.

Orang ramai boleh membuat pembayaran secara tunai atau kad kredit di kaunter yang dibuka bermula jam 9 jam hingga 4 petang.

Perkongsian tersebut mendapat respon positif daripada netizen yang menganggap peluang berkenaan dapat digunakan untuk membuat semakan dan pembayaran tanpa perlu ke balai polis berhampiran kawasan rumah masing-masing. -MYNEWSHUB.CC

Kategori