• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedih Pun Tak Guna Merintih Siapa Peduli

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAJA baharu pasukan Kelantan, Tan Sri Anwar Musa meneruskan drama TRW dengan cuba menyalahkan pengkritik pasukan Kelantan. Bagi Annuar, kritikan umum macam masalah utama kepada pasukan Kelantan sekarang.

Annuar menganggap dakwaan TRW dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) cuba berdrama dalam isu permainan tarik tali mengenai penyertaan dalam Liga Super 2017 satu tuduhan oleh pengkritik yang hanya pandai mengetik gajet.

“Bagi yang tidak berdrama mereka boleh terus `enjoy’ memicit telefon pintar dengan penuh kepandaian, kejujuran, kecintaan dan kecaknaan,” sindir Annuar.

Sebenarnya, Annuar perlu sedar. Dia dramatis utama dalam isu ini. Mula-mula pada 8 November lalu, mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden KAFA. Notis serta-merta pula.

Bermula dari drama itulah, Annuar dicela teruk kerana sikap bacul melarikan diri itu seakan-akan dia pengecut yang angkat kaki setengah jalan. Annuar bukan macam anak jantan dalam isu menangani masalah KAFA.

Perbuatan melarikan diri dalam keadaan KAFA sedang kritikal satu perlakuan yang sangat rendah moral. Annuar angkat kaki dengan memberikan alasan: Gagal dan tidak berdaya mencari dana.

6 Januari lalu, Annuar muncul semula. Kali ini dramanya lain pula. Dia muncul dan berlagak hero dalam membawa dua penaja TRW iaitu Al Hamra Group dan Red One. Nilai tajaan RM3 juta.

Dalam du sekuel drama ini, Annuar macam budak kanyir yang laparkan publisiti. Berdiri di simpang jalan antara rasa keberanian dan sikap ketagihkan simpati.

Pemimpin bukan orang sembarangan. Mahu memimpin kena tega menerima kritikan. Pemimpin popular dalam politik belum tentu pemimpin berkredibiliti dalam sukan. Walaupun pemimpin politik kerap terbabit dengan sukan bertujuan mendapatkan lebih perhatian dan sokongan.

Isu TRW adalah isu bolasepak dan Annuar berada di dalam KAFA sejak era zaman puncak. Masa penajaan mewah dan TRW berada di kejuaraan, Annuar nampak jelas berbangga-bangga dengan kejayaannya. Bila KAFA sudah lunyai dan hampir jadi persatuan papa kedana, Annuar menyalahkan pengkritiknya.

Sudahlah Annuar. Buat kerja selamatkan TRW. Orang tidak memaksa. Anda yang memilihnya. Daripada banyak membebel, baik anda berkerja. Kantung duit TRW belum selesa. Jangan banyak bercakap, nanti kesannya pemain tidak bergaji pula.

Pemimpin yang hebat menumpukan pada kerja. Bukan banyak membebel dan terlihat seperti budak kanyir yang laparkan publisiti murahan pula! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar MusaTRW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd