• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Dengar Bantahan Pengusaha Bas Ekspres

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Kerajaan bersedia mendengar bantahan pengusaha bas ekspres yang tidak bersetuju dengan syarat mewajibkan pemandu bas kedua bagi perjalanan melebihi empat jam atau 300 kilometer.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun menegaskan bantahan itu mesti disertakan dengan cadangan dan pandangan bersesuaian yang boleh menjamin keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya.

“Kita tidak mahu mereka (pengusaha bas ekspres) sekadar membuat bantahan. Saya tegaskan keputusan mewajibkan pemandu bas kedua oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awm Darat (SPAD) dan kementerian adalah standard praktis di banyak negara.

“Pemandu bagi perjalanan jauh perlu ditukar kerana pemandu memerlukan rehat selepas letih yang membolehkan mereka hilang fokus, “ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Melawat Pahang 2017 di Plaza Tol Bentong di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri Idros Yahaya.

Liow mengulas bantahan Pengerusi Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia, Sa’adan Man yang mendakwa perkara itu sukar dilaksanakan ekoran kekurangan pemandu bas ekspres.

Bantahan itu dikemukakan selepas Liow mengumumkan syarikat bas ekspres akan dikenakan penalti RM200 selain berkemungkinan digantung permit jika gagal mematuhi peraturan tersebut.

Liow menambah kementerian juga bersedia membantu mengatasi kekurangan pemandu kedua bas ekspres menerusi pelaksanaan kursus kepada pemandu baharu sebagai tarikan kepada golongan muda untuk menceburi bidang berkenaan.

“Kursus ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia. Kerjaya sebagai pemandu ekspres perlu latihan profesional kerana ia melibatkan pemahaman aspek teknikal yang memerlukan latihan khusus.

“Sesiapa sahaja boleh memohon untuk menyertai kursus ini. Bayaran yang dikenakan juga adalah tidak terlalu tinggi dan mereka boleh memohon dana latihan di bawah kementerian terbabit,” katanya.

Liow menambah kementerian juga bercadang menaik taraf kursus latihan sedia ada kepada pemandu pengangkutan awam termasuk pemandu bas dan lori bagi memastikan mereka sentiasa peka dengan peraturan dan keselamatan jalan raya. – BERNAMA

Tags: bas ekspresBas PersiaranLiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

‘Bas Persiaran Disewa Atas Inisiatif Pelajar Balik Bercuti Sempena Aidiladha, Ia Bukan Bas UPSI’ – Naib Canselor UPSI

‘Bas Persiaran Disewa Atas Inisiatif Pelajar Balik Bercuti Sempena Aidiladha, Ia Bukan Bas UPSI’ – Naib Canselor UPSI

09/06/2025
0

IPOH: Bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit nahas maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd