• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Pemangku CEO, Pengurus Jualan GLC Direman 6 Hari

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua individu termasuk pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar ‘Datuk’ direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa projek pasport elektronik (e-pasport) di sebuah negara di benua Afrika.

Turut direman ialah pengurus jualan antarabangsa GLC terbabit.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua lelaki, masing-masing berusia 58 dan 36 tahun itu sehingga 25 Jan ini.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.55 pagi dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Mereka dilaporkan ditahan di kediaman masing-masing di Tropicana Indah, Petaling Jaya dan Taman Desa, Jalan Klang Lama, kira-kira 12 tengah hari semalam.

Menurut sumber SPRM, sejumlah mata wang asing merangkumi euro, dolar Amerika dan mata wang negara Afrika bernilai kira-kira RM250,000 yang ditemui di kediaman CEO tersebut turut disita semalam.

Katanya beberapa individu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Semalam, Bernama yang memetik sumber SPRM, melaporkan suspek dipercayai melakukan kegiatan itu antara 2013 dan 2015 dengan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk meminta rasuah daripada pemilik sebuah syarikat swasta dari luar negara bagi pelaksanaan e-pasport.

Menurut sumber itu juga SPRM membekukan beberapa akaun milik CEO tersebut, isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM1 juta. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd