• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Sarawak Di Semenanjung Akan Terus Dijaga

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Sarawak akan terus memastikan kebajikan rakyat negeri itu yang berada di Semenanjung terus terpelihara melalui bantuan yang disalurkan menerusi Persatuan Anak Sarawak Semenanjung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata selain sumbangan kewangan, kerajaan negeri turut memberi pelbagai bantuan lain termasuk membiayai tiket penerbangan dan penginapan kepada golongan yang tidak berkemampuan ketika berada di Semenanjung.

“Bantuan daripada kerajaan negeri ini diberi melalui Persatuan Anak Sarawak dan sumbangan anggota Parlimen Sarawak. Semua pesakit yang berada di hospital di Kuala Lumpur, tidak mengira bangsa dan agama atau perayaan layak menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.

“Setiap minggu Persatuan Anak Sarawak akan datang ke IJN (Institut Jantung Negara) dan HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk melawat dan menyampaikan sumbangan mingguan. Sumbangan itu tertakluk kepada keperluan mereka,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan bagi pihak kerajaan negeri Sarawak dan Persatuan Anak Sarawak Semenanjung kepada anak Sarawak di IJN dan HKL bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Nancy berkata jaringan persatuan itu kini semakin meluas sehingga ke seluruh Semenanjung dan mempunyai ramai anggota sukarelawan terdiri daripada anak jati Sarawak dan pelajar universiti awam. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Nancy Shukrisarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd