• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thai Tangkap Penjenayah Malaysia Paling Dikehendaki

oleh Ahmad Albab
25/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HATYAI – Seorang ketua kongsi gelap ‘Geng 04’ warga Malaysia yang menjadi buruan polis Thailand dan Malaysia sejak 10 tahun lepas akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di sini, tiga hari lepas.

Ketua Bahagian Siasatan Polis Wilayah Songkla, Kol. Sakda Jarengkul berkata Ye Boon Long, 53, atau nama gelarannya ‘Ar-Hu’ ditahan polis kerana merompak sebuah kedai emas dengan bersenjatakan pistol di Jalan Montree di sini, 6 Januari lepas.

Dalam kejadian itu, dia dipercayai melarikan barangan kemas seberat 1.7 kilogram bernilai 2.3 juta baht (kira-kira RM290,000), katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan di rumah sewa itu, polis telah menemui beberapa barangan kemas, wang tunai 127,400 baht (RM16,000), sepucuk pistol 9mm, 50 butir peluru dan baju serta motosikal yang digunakannya ketika rompakan itu.

Semalam, warga Malaysia itu dibawa kembali ke kedai emas terbabit untuk menunjukkan cara dia merompak premis berkenaan.

Menurut Sakda, ‘Ar-Hu’ juga memiliki rekod jenayah lampau di Malaysia dan Thailand, termasuk dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes rompak dan bunuh di kedua-dua negara itu.

Beliau juga dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan dua warga Thailand di Songkla pada 2014.

“10 tahun lepas, beliau juga dipercayai terbabit dalam kes rompakan kedai emas di Butterworth melibatkan barangan kemas bernilai 50 juta baht (RM6.4 juta),” katanya.

Selepas kejadian itu, dia melarikan diri ke Thailand dan bersembunyi di Chiang Mai selama 10 tahun, menggunakan identiti palsu yang dibelinya dengan harga 250,000 baht (RM32,000).

Warga Malaysia itu hanya terbabit dalam kes-kes rompakan yang besar, menurut beliau.

Sakda berkata, warga Malaysia itu dikenakan tiga tuduhan iaitu merompak, memiliki senjata dan peluru tanpa izin dan membunuh. – BERNAMA

Tags: penjenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd