• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pantau & Ronda Rumah Ditinggalkan Akibat Banjir

oleh AK-47
25/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERUAS – Polis menempatkan beberapa anggota di kawasan kampung yang banjir di daerah Manjung bagi memantau dan meronda rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata polis juga meronda secara berterusan bagi melihat keadaan penduduk kampung yang enggan berpindah bagi mengelak sebarang kemalangan jiwa sekiranya air naik mendadak.

“Polis telah bersiap sedia secukupnya termasuk daripada aspek menyediakan anggota dan kelengkapan dalam menghadapi banjir yang berlaku di beberapa tempat di daerah Manjung,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Inderawati Beruas di sini hari ini.

Tengku Mohd Zailan berkata beberapa anggota polis selain anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut ditempatkan di pusat pemindahan bagi memastikan keselamatan mangsa yang terlibat sentiasa dalam keadaan terbaik.

Sementara itu, Pegawai Bencana Operasi APM, Shamsur Shahuddin berkata setakat pukul 6 petang tadi, proses pemindahan mangsa banjir berjalan dengan lancar biarpun penambahan jumlah mangsa berlaku dari semasa ke semasa.

Beliau berkata pihaknya juga telah meletakkan lebih 20 anggota di tiga pusat pemindahan banjir yang dibuka di daerah Manjung iaitu di Dewan Inderawati Beruas, Dewan Orang Ramai Kampung Kota dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

“Kita melakukan pengawalan keselamatan 24 jam di kesemua pusat pemindahan banjir bagi memantau dan membantu mangsa banjir terutama dalam proses pemindahan mangsa.

“Cuma apa yang kita harapkan adalah kerjasama penduduk supaya berpindah jika diarahkan bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dan memastikan semua dalam keadaan selamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad ShahBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd