• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Perlis Lubuk Premis Judi Haram

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Ketua Polis Perlis SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab menafikan dakwaan penularan berita di laman sosial Facebook yang mendakwa Perlis merupakan negeri yang terkenal dengan pusat judi haram.

Katanya, polis Perlis memandang serius berita palsu itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab serta akan mengambil tindakan tegas kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti anggota polis.

“Tindakan seorang lelaki memuat naik gambar mengenai operasi premis nombor ekor tidak berlesen yang mendakwa ‘Perlis terkenal dengan negeri judi ekor haram berlesen palsu’ amat dikesali.

“Maklumat yang disebarkan oleh pemilik akaun Facebook ‘Soo Kou’ sejak 24 Dis lalu adalah tidak benar dan mempamerkan seolah-olah anggota polis tidak menjalankan tugas serta tidak mengambil tindakan terhadap kes sedemikian, sedangkan hal itu tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ‘High Profile Policing Bersama Masyarakat Cina’ di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, malam tadi.

Ab Rashid berkata polis telah mengesan identiti lelaki pemilik akaun Facebook berkenaan dan didapati lelaki itu pernah diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) berhubung kegiatan premis nombor ekor tidak berlesen beberapa tahun lepas.

“Sekarang dia dah mula menularkan kes lama di Facebook bertujuan sengaja memburukkan kredibiliti polis seolah-olah tiada tindakan yang kita ambil dan menimbulkan kebimbangan penduduk Perlis,” katanya.

Ab Rashid berkata polis memandang serius hal berkaitan jenayah rumah judi serta sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap pusat nombor ekor yang tidak berlesen di negeri ini.

“Sebanyak 258 tangkapan dilakukan membabitkan 295 serbuan terhadap premis yang menjalankan kegiatan judi tidak berlesen sepanjang 2016 berbanding 139 tangkapan membabitkan 170 serbuan pada tahun 2015.

“Polis turut menyita wang yang digunakan untuk aktiviti judi tersebut sebanyak RM60,966.45 pada tahun lepas berbanding RM28,075.40 pada tahun 2015,” katanya. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd