Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Remaja Meragut Sebab Terdesak...

MELAKA - Seorang remaja lelaki memberi alasan terdesak mahu berkahwin bulan depan, selepas...

Isu Kalimah Allah: PM...

MELAKA : Kebenaran penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam...

Qatar Dijangka Berdepan Sekatan...

ANKARA - Qatar dijangka bakal berdepan dengan 'sekatan tambahan' berikutan keengganan negara itu...

Pengambilan Berlebihan Alkohol Berisiko,...

KUALA LUMPUR - Langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat...

Polis Cari Pemandu Myvi Halang Laluan Kecemasan

SHAH ALAM – Pihak polis sedang giat mencari seorang pemandu Perodua Myvi yang tidak bertanggungjawab sengaja menghalang laluan lorong kecemasan ambulans di Lebuhraya Persekutuan di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat menggesa pemandu tersebut untuk menyerah diri di balai polis berdekatan.

“Pihak kami sedar tentang kes itu dan siasatan sedang dijalankan. Kami akan mengesan identiti pemandu tersebut dan memanggilnya untuk memudahkan siasatan.

“Saya menggesa pemandu tersebut untuk tampil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri di sini hari ini.

Video kejadian itu yang berdurasi dua minit viral di media sosial minggu ini.

Klip yang dirakam menggunakan kamera yang dipasang di dalam ambulans itu menunjukkan pemandu Myvi bernombor pendaftaran WA 6502 U memotong masuk secara melulu dan enggan memberi laluan kepada ambulans yang berada di lorong kecemasan.


Pemandu Myvi yang tidak bertanggung jawab itu dilihat masuk ke lorong pertama sebelum kembali ke lorong kecemasan secara mengejut menyebabkan kedua-dua kenderaan itu hampir berlanggar antara satu sama lain.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 13 Januari lalu di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Batu Tiga. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Sun Daily

Kategori