Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Bubar Parlimen Isyarat Jelas...

KUALA LUMPUR – Pembubaran Parlimen ke-13 akhirnya diumumkan hari ini dengan kerajaan Barisan...

Projek Infrastruktur Impak Tinggi...

PUTRAJAYA - Projek-projek kesalinghubungan dan infrastruktur berimpak besar yang dalam pelaksanaan bukanlah untuk...

Nelayan Muda Hilang Ditemukan...

MUAR - Seorang nelayan muda yang dilaporkan hilang semasa mendirikan pondok ternakan kupang...

Dasar, Program Tak Selari...

ISKANDAR PUTERI – Apa-apa dasar dan program kerajaan negeri terdahulu yang tidak selari...

PH Akan Kalah Jika Kurang Cina Keluar Mengundi PKR

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mengakui bahawa Pakatan Harapan (PH) menghadapi dua cabaran utama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang – jika rundingan kerusi tidak dipersetujui.

Maka apa yang akan berlaku ialah pertandingan tiga penjuru dan kadar pengundi Cina yang keluar mengundi adalah rendah bakal menjadi satu isu.

Pengarah Biro Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata bahawa kononnya masyarakat Cina tidak lagi berminat dengan politik tidak seperti semasa isu 308 dan 505.

Orang ramai malah semakin hilang kepercayaan terhadap politik dan memikirkan untuk sekadar “berputus asa”. Beliau bimbang orang Cina tidak akan mengundi pada PRU akan datang.

PKR ujarnya bimbang jika undi masyarakat Cina berkurangan sebanyak 5% ke 10%, maka senario politik di Malaysia akan berubah. PH mungkin kehilangan lebih daripada 10 kerusi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua pula berkata, jika orang Cina adalah pesimis ke arah PRU, parti-parti pembangkang akan menjadi yang paling rugi.

Walaupun pengundi Melayu akan memulangkan sebanyak 5% dan 10% dalam PRU ke-14 yang akan datang, ia tidak akan membantu untuk mengubah senario.

Satu delegasi PKR – Tian Chua, Sim; bendahari, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew; Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Tan Kee Kwong; ADUN Rawang, Gan Pei Nei; ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling dan Naib Ketua Publisiti PKR,Ginie Lim melawat Sin Chew Daily.

Mereka membuat pendedahan itu semasa bertukar-tukar pandangan dengan kakitangan editorial Sin Chew Daily., akhbar berbahasa Cina yang paling tinggi edarannya di Malaysia ketika ini.

Tian Chua mendedahkan bahawa selain daripada PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga sedang berunding dengan PAS mengenai peruntukan kerusi untuk mengelakkan pertindihan kerusi.

Di samping itu, jika PH tidak dapat capai persetujuan dengan PAS mengenai pengagihan kerusi atau rundingan antara PPBM dan PAS berdepan masalah atau rintangan, akan berlakunya pertandingan tiga penjuru pada PRU.

Blok PH yang diketuai DAP itu selepas pembubaran Pakatan Rakyat pada 2015 mungkin kehilangan lebih daripada 10 kerusi DUN.

Kerusi-kerusi “berisiko tinggi” ini adalah kawasan pilihan raya yang pernah dimenangi oleh calon PH dengan majoriti tipis dalam PRU yang lalu.

Ini termasuklah empat kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah DAP – Sekinchan, Sungai Pelek, Kuala Kubu Baru dan Teluk Datuk.

Di samping itu, Naib Pengerusi PKR Selangor, Hee Loy Sian berkata, PKR, DAP, PAN dan seterunya PAS telah mencapai kata sepakat untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum akan datang.


Beliau percaya bahawa dengan kerjasama dari PAS, PH Selangor mampu mengekalkan kuasa di Selangor.

Dalam pada itu, Tan Yee Kew berkata, PKR mengalu-alukan China untuk melabur di Malaysia kerana pasaran mempunyai kekurangan modal atau perniagaan tidak dapat untuk kekal bertahan.

Beliau menegaskan bahawa PKR tidak pernah menentang pelaburan China di Malaysia tetapi tidak mahu menerima senario melabur dalam projek Malaysia untuk membantu membayar hutang 1MDB.

Beliau berkata kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak mewakili PH.

Tian Chua berkata setiap pelabur berharap untuk mendapatkan keuntungan terbesar tetapi tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan pelaburan itu tidak hanya memihak kepada satu pihak sahaja.

Beliau berkata pada masa ini China merupakan gergasi ekonomi dunia pada masa hadapan. Ini adalah trend antarabangsa.

Sebagai sebuah negara dunia ketiga, Malaysia tidak boleh terlalu menjadi terlalu bergantung kepada pasaran Barat atau mana-mana kuasa besar.

Dengan mengukuhkan kehadiran China di Malaysia, ini membantu untuk mengimbangi tradisi bergantung kepada pasaran Barat.

“Kriterianya adalah sama. Kami tidak mengalu-alukan Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara atau mana-mana negara lain untuk mempengaruhi politik domestik. Ini adalah pendirian asas PKR.”

Hee berkata, kerajaan perlu merangka strategi yang betul untuk memastikan perusahaan kecil dan sederhana mendapat manfaat daripada ketibaan pelaburan China.

Tulisan asal oleh: Sin Chew Daily, 18 Januari 2017

Kategori