• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dipukau, Dirogol Bomoh Depan Suami

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang ibu kepada empat anak menjadi mangsa habuan seks oleh seorang bomoh apabila dirinya berkali-kali dirogol oleh individu berkenaan antara Februari hingga Mei tahun lalu.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu dikatakan datang berjumpa suspek bagi mendapatkan khidmat bomoh tersebut dengan ditemani suami kerana sering meracau akibat gangguan makhluk halus.

Menurut Harian Metro, bomoh terbabit memberikan beberapa potong ayat al-Quran untuk diamalkan, bagaimanapun dia tetap tidak pulih dan setiap kali ‘diganggu’, mangsa akan terus ke rumah bomoh terbabit untuk mendapatkan rawatan.

Ketika dirawat, mangsa dipukau di mana dia dan suami hanya mampu mengikut segala kemahuan suspek dan pada masa yang sama, suspek merogol mangsa dalam keadaan separuh sedar.

Perkara itu kemudian berlarutan setiap minggu seolah-olah dipukau di mana setiap kali ‘sakit’, mangsa dan suami akan datang menemui bomoh terbabit.

Ia berterusan sehingga beberapa bulan kemudian sehinggalah mangsa menyedari dirinya hamil tiga bulan.

Sejak itu, mangsa mulai sedar dan berhenti dari mengamalkan ayat yang diberikan bomoh terbabit sehinggalah selesai melalui tempoh bersalin dan berpantang.

Difahamkan, bomoh terbabit ada menghubungi mangsa dan meminta mereka datang ke tempat suspek selepas berpantang namun apabila enggan berbuat demikian, suspek telah mengugut akan melakukan sesuatu sekiranya tidak mengikuti arahannya.

Pada awal Januari 2017, rakan kepada suami mangsa dipercayai telah mengubati wanita terbabit dan memulihkan kembali semangat, dalam masa sama, mangsa mulai sedar sedikit demi sedikit kejadian yang berlaku dan hadir ke balai polis untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: Bomohrogol
Share221Tweet138SendShare

Related Posts

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd