• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perogol Bersiri Mungkin Dalam Pemantauan Polis

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang perogol bersiri yang didapati bersalah di Kanada boleh diletakkan dalam senarai pemantauan polis apabila kembali ke Malaysia, jelas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Sepatutnya nama pesalah boleh didedahkan kepada umum seperti undang-undang di United Kingdom, namun kita tidak mempunyainya. Tetapi kami ada senarai nama yang dipantau pihak polis,” jelasnya ketika dihubungi pada Rabu malam.

Seorang rakyat Malaysia, Selva Kumar Subbiah dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun kerana menyerang wanita lebih daripada dua dozen di Kanada.

Dilaporkan bahawa Selva Kumar kemungkinan besar akan dihantar pulang ke Malaysia selepas dibebaskan dari penjara pada akhir bulan ini.

“Pihak polis mempunyai agensi-agensi penguatkuasa, berkuasa dan berkebolehan untuk memantau (pesalah seks) tetapi Kementerian Wanita tidak mempunyai semua keupayaan ini,” katanya.

Nur Jazlan menjelaskan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini bertanggungjawab dalam undang-undang untuk memperkenalkan senarai pesalah seks.

“Kami telah berhujah bahawa jenayah seksual perlu berada di bawah polis, termasuk senarai pesalah seksual,” katanya.

Nur Jazlan menjelaskan bahawa walaupun tidak ada sumber untuk memantau Selva Kumar setiap hari sekiranya dia melakukan jenayah, ‘ia akan menjadi lebih mudah bagi pihak polis untuk menjalankan siasatan mereka’.

“Jika seseorang mengenalinya, itulah cara kita untuk mengetahuinya. Ia akan menjadi lebih mudah bagi pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Nur Jazlan juga menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh menghalang Selva Kumar daripada kembali ke Malaysia kerana ‘dia telah menjalani hukuman di Kanada’.

“Dia seorang yang bebas (bukan hanya di Malaysia) tetapi juga di Kanada.

“Hak beliau untuk kembali kerana dia adalah warganegara Malaysia,” katanya. – The Star Online/mStar Online

Tags: Datuk Nur Jazlan MohamedPerogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Bakar Diri Di Hadapan Hotel Antarabangsa Trump

Next Post

Myanmar: Sebuah Israel Dalam Asean

Related Posts

8 ‘Perogol’ Kambing Bunting Masih Bebas

01/08/2018
0

NEW DELHI - Polis di utara India sedang mengiat memburu lapan lelaki yang didakwa 'merogol' seekor kambing bunting sehingga mati....

Ribuan Bantah Pembebasan 5 ‘Perogol’

29/04/2018
0

MADRID - Beribu-ribu rakyat Sepanyol membanjiri jalan di Pamplona membantah pembebasan lima lelaki yang dituduh merogol seorang remaja 18 tahun...

Next Post

Myanmar: Sebuah Israel Dalam Asean

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd