• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Banyak Pusat Pembelajaran Untuk Anak Rohingya

oleh Ahmad Albab
21/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Pusat pembelajaran untuk kanak-kanak etnik Rohingya perlu diwujudkan lebih banyak bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan sewajarnya, kata Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata ini berikutan kanak-kanak minoriti itu tidak boleh dimasukkan ke sekolah biasa kecuali ibu atau bapa mereka merupakan warganegara negara ini.

“Oleh itu lebih banyak sumbangan diperlukan daripada pihak korporat, swasta dan individu bagi mewujudkan pusat pembelajaran untuk mereka.

“Kami sasarkan kanak-kanak ini sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira serta membina keyakinan diri melalui ilmu yang diberikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah sekolah etnik Rohingya, ‘Knowledge Garden Learning Centre School’ di sini, hari ini.

Sekolah yang diwujudkan oleh Ethnic Rohingya Commitee Of Arakan (ERCA) itu beroperasi sejak 2013 dan mempunyai 120 pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak etnik Rohingya berusia empat hingga 17 tahun.

Syed Hamid yang juga Presiden HUMANiTi berkata pendidikan juga penting kepada anak-anak etnik Rohingya agar mereka tidak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, pusat pembelajaran yang menggunakan silibus pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia itu juga diharap membantu kanak-kanak tersebut bersedia bagi membangunkan kembali wilayah mereka sekiranya konflik di sana berakhir. – BERNAMA

Tags: Rohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd