Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku...

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor...

Semua Pihak Perlu Henti...

KUALA TERENGGANU – Semua pihak, terutama portal berita Malaysiakini perlu segera menghentikan penyiaran...

Hospital Alor Setar Dinaik...

ALOR SETAR - Wad-wad di Hospital Alor Setar (HAS) akan dinaik taraf dalam...

5 Kebaikan & Keburukan...

JARAK usia 35 tahun antara Dato' Jamal Abdillah,60, dan isteri yang baru dinikahinya...

Bicara Kes Petani Sokong Kumpulan Pengganas 7 Februari

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula 7 Februari untuk perbicaraan kes seorang petani yang didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memaklumkan dokumen berkaitan kes itu telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Beliau berkata seramai 10 saksi pendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes Zairosfitri Jainuddin Azhar, 24 yang diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Pada 16 Disember lalu, Zairosfitri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas dengan cara melakukan sumpah setia (berbai’ah) melalui aplikasi Telegram dalam kumpulan perbualan ‘gagak hitam’ di No 11, Blok A, Perumahan Awam 2, Chenderiang, Batang Padang, Perak, antara 25 Mac 2016 hingga 17 Jun 2016.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori