Friday, February 23, 2024

Creating liberating content

Musa Aman Tiba Di...

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini...

Azalina Dijangka Letak Jawatan...

SHAH ALAM - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said...

Melancap Di Rumah Jiran,...

POLIS menahan seorang pelajar kolej berhubung video menunjukkan lelaki telanjang sedang melancap di...

Zul Ariffin Melaram Dengan...

Kalau nak diikutkan Zul Ariffin bukan baru memasuki dunia lakonan.Tetapi populariti drama Rindu...

Penyanyi Rock, Awie Dapat Gelaran Datuk

TAHNIAH… Penyanyi rock vokalis kumpulan Wings dan pelakon terkenal, Awie dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, semalam.

Penganugerahan itu diterima Awie sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar yang ke-86 dan berlangsung di Istana Pahang, Kuala Lumpur.

Penyanyi Rock, Awie Dapat Gelaran Datuk

Sementara itu, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, menyifatkan anugerah yang diterimanya itu merupakan satu penghargaan besar sepanjang 31 tahun pembabitannya dalam bidang seni.

“Alhamdulillah. Hanya lafaz kesyukuran yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Pada masa sama, tiada apa yang berubah, saya masih Awie yang sama dan mencari rezeki di atas pentas sebagai anak seni.

“Penghargaan yang diberikan ini bagaimanapun tentunya diharap dapat membuka lebaran lebih indah untuk tahun baharu memandangkan saya melalui pelbagai cabaran pada 2016.


“Bukan saja berperanan sebagai penyeri kepada keluarga, saya menganggap rezeki ini datang dengan berkat kehadiran isteri saya. Doakan yang baik-baik saja buat saya sekeluarga,” katanya kepada BH Online.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu bakal menerima satu lagi anugerah apabila dipilih sebagai seorang daripada tokoh NGO Islam Kebangsaan oleh Tengku Mahkota Kelantan pada 14 Januari ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori