• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Teruskan Operasi Walaupun Gerai Dimasuki Air

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Seorang peniaga gerai makan di Gual Tinggi, Rantau Panjang di sini, tetap meneruskan perniagaannya meskipun gerainya dimasuki air sedalam kira-kira 0.2 meter.

Hasmadi Faiza Mohamad, 41, berkata beliau mendapat rezeki tambahan apabila ramai yang mengunjungi gerainya berikutan orang dari luar Rantau Panjang datang ke kawasan berkenaan kerana ingin melihat keadaan banjir.

Beliau berkata ketika mula membuka gerainya pada 7 pagi tadi, air masih menggenangi kawasan belakang gerainya.

“Namun selepas sejam berniaga, air mula masuk ke dalam kedai kerana hujan yang semakin lebat.

“Saya kini sedang menghabiskan makanan yang dijual sambil mengemas kedai. Jika keadaan berlarutan saya akan tutup kedai,” kata peniaga wanita itu kepada pemberita ketika ditemui di gerainya di sini, hari ini.

Hasmadi Faiza mula berniaga di kawasan berkenaan sejak lima tahun lepas dengan menjual pelbagai juadah seperti nasi berlauk, nasi ulam dan kuih-muih serta turut dibantu dua pekerjanya.

Beliau berkata ini merupakan kali kedua gerainya dinaiki air selepas banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014.

“Selalu kalau banjir biasa air hanya menggenangi kawasan belakang gerai sahaja, tapi kali ini air dari parit berdekatan melimpah sehingga masuk ke dalam kedai,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirgeraiRantau Panjang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd