• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengunjung Dataran Merdeka Terpukau Aksi Tarian Singa

oleh Ahmad Albab
29/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suasana di perkarangan Dataran Merdeka di sini gamat dan meriah sebaik paluan gendang, gong dan simbal bergema semasa persembahan kebudayaan tarian singa bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Warga tempatan dan pelancong asing di sekitar bangunan bersejarah itu kelihatan terpaku melihat kelincahan aksi penari yang mengenakan kostum singa berwarna-warni.

Pelancong dari Georgia, Lucie Ruzickova, 28, yang pertama kali berkunjung ke Malaysia, berkata dia berasa bertuah dapat menyaksikan persembahan itu.

“Saya benar-benar sukakan persembahan mereka. Sambutan perayaan di sini sangat menyeronokkan dan menakjubkan,” katanya kepada Bernama selepas menyaksikan persembahan tarian singa anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia hari ini.

Sementara itu, peniaga dari Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Lew, 45, berkata persembahan kebudayaan tersebut perlu dipertahankan untuk generasi akan datang.

Naib Presiden MITA Jason Ow Yeang berkata acara yang dianjurkan untuk kali kelima itu memberi peluang kepada pelancong tempatan dan asing merasai sendiri suasana perayaan selain memperkenalkan budaya dan tradisi masyarakat Tionghua.

“Ini juga satu daripada usaha kami untuk mencapai sasaran empat juta pelancong dari China tahun ini,” katanya.

Bagi mencapai sasaran itu, beliau berkata MITA menjemput kira-kira 50 agensi pelancongan dari China untuk mengambil bahagian dalam Pameran Pelancongan MITA bermula 24 hingga 26 Feb ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines, Seri Kembangan. – BERNAMA

Tags: Tarian Singa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Arca Puteri Diana Akan Didirikan Di Istana Kensington

Next Post

Bot Hilang: Pihak Berkuasa Tingkat Usaha Mencari

Related Posts

Singa Dan Naga Terpaksa Berehat Pada Tahun Lembu

10/02/2021
0

KUCHING - Kumpulan penari tarian naga dan singa terpaksa berehat dan bakal kehilangan pendapatan mereka pada sambutan Tahun Baharu Cina...

Tahun Baharu Cina Tanpa Tarian Singa Dan Naga

05/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Tiada lagi bunyi paluan gong, simbal dan gendang yang mengiringi tarian singa dan naga, bagi sambutan Tahun Baharu...

Next Post

Bot Hilang: Pihak Berkuasa Tingkat Usaha Mencari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd