Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Bayi Ditemui Dihadapan Unit...

SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan ditemui di hadapan sebuah unit rumah flat...

Kelantan Pinjamkan 6 Pemain...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuat keputusan meminjamkan enam pemainnya...

TPM: Proses Tender Semula...

Kerajaan tidak akan mengambil masa terlalu lama dalam proses tender semula membabitkan enam...

Daripada Mufti Kepada Ahli...

SIBU - Walaupun pernah menjadi mufti sebuah negeri menyeberangi Laut China Selatan, jauh...

Pengunjung Dataran Merdeka Terpukau Aksi Tarian Singa

KUALA LUMPUR – Suasana di perkarangan Dataran Merdeka di sini gamat dan meriah sebaik paluan gendang, gong dan simbal bergema semasa persembahan kebudayaan tarian singa bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Warga tempatan dan pelancong asing di sekitar bangunan bersejarah itu kelihatan terpaku melihat kelincahan aksi penari yang mengenakan kostum singa berwarna-warni.

Pelancong dari Georgia, Lucie Ruzickova, 28, yang pertama kali berkunjung ke Malaysia, berkata dia berasa bertuah dapat menyaksikan persembahan itu.

“Saya benar-benar sukakan persembahan mereka. Sambutan perayaan di sini sangat menyeronokkan dan menakjubkan,” katanya kepada Bernama selepas menyaksikan persembahan tarian singa anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia hari ini.

Sementara itu, peniaga dari Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Lew, 45, berkata persembahan kebudayaan tersebut perlu dipertahankan untuk generasi akan datang.


Naib Presiden MITA Jason Ow Yeang berkata acara yang dianjurkan untuk kali kelima itu memberi peluang kepada pelancong tempatan dan asing merasai sendiri suasana perayaan selain memperkenalkan budaya dan tradisi masyarakat Tionghua.

“Ini juga satu daripada usaha kami untuk mencapai sasaran empat juta pelancong dari China tahun ini,” katanya.

Bagi mencapai sasaran itu, beliau berkata MITA menjemput kira-kira 50 agensi pelancongan dari China untuk mengambil bahagian dalam Pameran Pelancongan MITA bermula 24 hingga 26 Feb ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines, Seri Kembangan. – BERNAMA

Kategori