• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Rugi RM300,000 Selepas Rumah Rakit Terbakar

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang pemilik rumah rakit di Kampung Teluk Sengat, di sini, kerugian kira-kira RM300,000 selepas kediaman terapung itu yang sudah beroperasi sejak dua tahun lepas, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Adzar Zainal, 40, berkata dia dimaklumkam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.50 pagi oleh penduduk kampung yang menghubunginya.

“Saya berada di Kuala Lumpur semalam. Oleh kerana berasa tidak sedap hati, saya segera menyelesaikan urusan kerja dan terus balik ke Johor malam tadi sebelum tiba pada pukul 4 pagi.

“Memang saya merancang untuk menjenguk rumah rakit itu, namun tidak sangka dikejutkan dengan berita kebakaran ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, penduduk kampung memaklumkan rumah rakit itu musnah keseluruhannya selepas kira-kira 40 minit terbakar.

Adzar yang merupakan seorang chef berkata, beliau berasa musykil kerana ketika kejadian, rumah rakit berkenaan dalam keadaan gelap memandangkan tiada sesiapa berada di dalamnya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan kebakaran tersebut disebabkan perbuatan khianat dan sudah melaporkannya kepada polis.

“Rumah rakit itu sebelum ini sentiasa dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu dan waktu cuti.

“Pengunjung suka menganjurkan majlis keramaian dan pertandingan memancing ekoran keluasannya dan mempunyai kemudahan yang lengkap,” katanya yang menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Cawangan Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kota Tinggi, Firdaus Ahmad berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 7.31 pagi.

Katanya, bomba menamatkan operasi pada pukul 9.20 pagi dan masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd