• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan Abang Johari Berdasarkan Perlembangan Negeri

oleh AK-47
13/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dipilih sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak berdasarkan Perlembangan Negeri Sarawak dan bukan secara sistem kaukus yang menjadi amalan terdahulu.

Di bawah Perkara 6(3)(a) perlembagaan itu memperuntukan kuasa kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak iaitu Tun Abdul Taib Mahmud untuk memilih Ketua Menteri daripada kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri(DUN) Sarawak yang mendapat keyakinan majoriti anggota DUN itu.

Perkara ini termaktub sebagai sebahagian daripada Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963.

Pensyarah di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ketika menjelaskan perkara ini berkata pelantikan ketua menteri boleh dibuat melalui dua cara iaitu sama ada melalui Perlembangan Negeri atau melalui sistem kaukus yang termaktub dalam perlembagaan PPB selaku parti tonggak kerajaan negeri Sarawak.

“Demi menhaja keharmonian dalaman parti, pucuk pimpinan memutuskan untuk tidak menggunakan sistem kaukus tetapi sebaliknya meminta Yang Dipertua Negeri Sarawak menggunakan peruntukan perlembagaan negeri dalam pemilihan ketua menteri keenam Sarawak,” katanya.

Berdasarkan inilah maka Yang Dipertua Negeri Sarawak bertemu dengan pucuk pimpinan tertinggi PBB pagi tadi sebelum keputusan melantik Abang Johari diumumkan,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pimpinan tertinggi PBB berpendapat sesuai dengan situasi sekarang, pelantikan itu tidak menggunakan sistem kaukus seperti amalan ketika Adenan dipilih sebagai ketua menteri pada Februari 2014.

Berikutan pemergian mengejut Allahyarham Adenan, Rabu lepas, urusan pelantikan dibuat dengan kadar segera susulan tiada peruntukan untuk jawatan pemangku ketua menteri dalam perlembagaan negeri.

Abang Johari mengangkat sumpah jawatan di hadapan Abdul Taib di Astana Negeri di Petra Jaya, Kuching, hari ini.

Abang Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Satok yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun OpengPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd