• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Limo Maut, Penumpang Cedera Parah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pemandu teksi Limo maut manakala penumpangnya seorang anggota polis cedera parah setelah kenderaan terbabit merempuh belakang treler muatan baja di KM32.4 Lebuhraya Elite ke arah Nilai di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pemandu teksi Limo berkenaan Ahmad Fazli Mohd Junid, 38, dari Shah Alam meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira 11.40 malam itu.

Penumpang teksi Limo itu Nelson Katinggang, 22, dari Tenom, Sabah yang merupakan anggota polis berpangkat Konstabel di Balai Polis Jalan Campbell Ibu Pejabat Daerah Seremban cedera parah di bahagian leher dan rahang.

Abdul Aziz berkata ketika kemalangan, teksi Limo berkenaan dalam perjalanan ke Seremban dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Siasatan awal polis mendapati keadaan cuaca adalah baik namun keadaan jalan agak mendaki dan gelap,” katanya.

Nelson kini mendapat rawatan di Hospital Seremban manakala mayat pemandu berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, katanya.

Abdul Aziz berkata pemandu treler, berusia 40 tahun, tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu dan polis telah merakam percakapannya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya yang menerima panggilan orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpemandu teksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan bahawa bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi bukan wang milik...

RM1,000 Kepada Pemandu Teksi Melaka Hasil Jualan Nombor Pendaftaran H RM91 Juta – Anthony Loke

RM1,000 Kepada Pemandu Teksi Melaka Hasil Jualan Nombor Pendaftaran H RM91 Juta – Anthony Loke

25/10/2026
0

MELAKA - Kerajaan Madani memberi perhatian kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk Sumbangan Asas Rahmah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd