Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Pasukan Tambahan Tangkap Anjing...

SIBU – Pasukan tambahan yang bertindak segera untuk menangkap anjing liar sebaik sahaja...

Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan...

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang menderita kerana memiliki buah zakar bersaiz luar...

Cikgu ‘Hasut’ Perempuan Letak...

APAKAH ini cara seorang guru yang disanjung oleh masyarakat kerana profesionnya berbicara?Secara logiknya seorang guru pastilah akan...

“Bak Datang Sihir, Saya...

UMUM mengetahui bahawa pasangan sama cantik sama padan, Mawar Rashid dan Raf Yaakob...

Pemain Bola Berdarah Kacukan Ibarat Pemain Import

MELAKA – Pemain berdarah kacukan yang pernah bermain dalam liga di luar negara boleh diibarat sebagai pemain import dalam sesebuah pasukan bola sepak di negara ini, kata kelab penyokong Melaka United, Ultras Taming Sari (UTS).

Ketuanya Lekir Ahmad berkata selain mempunyai pengalaman liga luar negara yang lebih kompetitif, saiz fizikal pemain berdarah kacukan yang rata-rata lebih besar berbanding pemain tempatan berupaya memberi kelebihan kepada pasukan yang disertai.

“Beberapa pemain seperti Khair Jones telah membuktikan perkara ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mempunyai ibu berasal dari Malaysia dan bapa dari Wales, Khair Jones, 28, atau nama sebenarnya Khair Muhammad Jefri Jones daripada pasukan Hawke’s Bay United, New Zealand menyertai Melaka United pada Februari lalu.

Beliau telah mewakili Malaysia sebanyak tiga kali dan melakukan jaringan sulung untuk pasukan itu pada kemunculan pertamanya bersama Harimau Malaysia semasa menentang Myanmar dalam perlawanan persahabatan, 28 Mei tahun lepas.

Pemain berdarah kacukan lain termasuk Junior Eldstal (Malaysia-Sweden) yang bermain untuk Johor Darul Ta’zim dan Matthew Davies (Malaysia-Australia) pemain pasukan Pahang.


Bagaimanapun Lekir yang mengetuai UTS sejak 2011, berkata kekuatan sesebuah pasukan tidak terletak pada seorang individu tetapi seluruh pasukan yang harus membentuk kombinasi mantap dan serasi.

UTS merupakan penyokong tegar skuad Melaka United atau Sang Kancil yang mempunyai misi untuk mengembalikan kemeriahan bola sepak Melaka yang sebelum ini merudum.

Lekir berkata perjuangan skuad Melaka United untuk musim ini turut dipikul oleh pemain muda Tam Sheang Tsung, 22, yang pernah beraksi dengan beberapa kelab luar negara seperti Gainare Tottori (Jepun), Cardiff City (England) selain bergandingan dengan bekas bintang Perancis Nicholas Anelka di kelab gergasi China, Shanghai Shenhua. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori