• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadi ‘Lab Rat’, Pelajar Nyaris Maut Minum 300 Cawan Kopi

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA tersalah sukatan kafein, dua pelajar universiti nyaris maut selepas dikatakan meminum 300 cawan kopi ketika melakukan eksperimen berkaitan sains kesihatan di sebuah universiti di Tyne, England, baru-baru ini.

Mirror.uk melaporkan Alex Rosseto dan Luke Parkin, kedua-duanya berusia 20 tahun itu sepatutnya diberikan 0.3 gram kafein tetapi sukatan yang salah telah diberikan iaitu 30 gram kafein, iaitu 100 kali ganda lebih daripada jumlah yang sepatutnya.

Kedua-dua pelajar tersebut nyaris maut kerana kesilapan yang berlaku ketika eksperimen dilakukan di Fakulti Sains Kesihatan di Universiti Northumbria.

Pendakwa Raya, Adam Farrer memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pelajar yang menjalankan eksperiman tersebut secara sukarela atau menjadi tikus makmal (lab rat) itu boleh meninggal dunia akibat terlebih dos kafein yang secara puratanya setiap cawan kopi mengandungi 0.1 gram kafein.

Kedua-dua pelajar tersebut mengalami pening kepala, pandangan kabur dan degupan jantung yang pantas selepas meminum kopi tersebut.

Pelajar Nyaris Maut Minum 300 Cawan Kopi

Rossetto yang merupakan pelajar ijazah sarjana di universiti berkenaan mendapat rawatan selama enam hari di hospital dan turun berat badan sebanyak 12 kilogram (kg) serta kehilangan memori jangka pendek.

Sementara Parkin menerima rawatan dua hari di hospital dan kehilangan berat badan sebanyak 10 kg.

Kedua-duanyadilaporkan sudah kembali meneruskan pengajian.

Susulan kejadian itu, mahkamah memutuskan, pihak universiti dikenakan denda £400,000 (RM2.2 juta), selain kos prosiding £26,468 (RM145,000).

Pihak universiti juga mengakui melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan ketika melaksanakan uji kaji berkenaan.

Mahkamah juga dimaklumkan, universiti itu sebelum ini menggunakan pil kafein untuk ujikaji tetapi bertukar kepada serbuk kafein beberapa tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: eksperimenkafeinkopisukatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

Jangan Buat Eksperimen Undi Di Selangor, Boleh Jejas Kestabilan, Kemakmuran Rakyat

Jangan Buat Eksperimen Undi Di Selangor, Boleh Jejas Kestabilan, Kemakmuran Rakyat

06/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Pengundi di Selangor diingatkan supaya tidak melakukan eksperimen ketika melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd