• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Lompat Dari Kereta Elak Jadi Mangsa Rogol

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang pelajar tingkatan empat patah kaki kiri setelah berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol pada 11 pagi semalam.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata remaja perempuan berusia 16 tahun itu patah kaki kerana melompat dari kereta yang ditumpangi bersama dengan dua lelaki lain semalam.

“Semasa kejadian, hanya ada dua suspek dan mangsa di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seorang daripada suspek duduk bersama dengan mangsa di belakang kereta dan seorang lagi suspek, memandu ke arah Batu 1 Baram dan enggan menghantar mangsa balik ke rumah.

Beliau berkata semasa dalam perjalanan tersebut, suspek yang duduk bersama dengan mangsa di belakang kereta, mula mengganggu mangsa.

“Mangsa membuat pilihan terjun dari kereta yang sedang bergerak menyebabkan mangsa mengalami kecederaan,” katanya.

Khoo berkata kedua-dua suspek menghantar mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor yang merawat mengesahkan mangsa mengalami patah tulang kaki kiri dan calar di kedua-dua belah tangan,” katanya.

Beliau berkata ibu mangsa berusia 37 tahun telah dimaklumkan mengenai kecederaan anaknya dan telah membuat laporan polis.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini sedang diburu dan dipercayai bekas pelajar sebuah sekolah menengah di sini. – BERNAMA

Tags: rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd