Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Polis Hantar 10 Pegawai,...

SEPANG - Sepuluh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berlepas ke...

Satu Bilion Penduduk Berpindah...

GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing...

MCA Tak Berhasrat Campur...

IPOH - MCA tidak pernah berhasrat untuk mencampuri urusan berkaitan agama Islam seperti...

Pemuda Mengaku Salah Rogol...

KOTA KINABALU - Seorang pemuda berusia 19 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen...

Pelajar Hantar 1,000 Poskad Kepada Mohd Faiz Subri

BANGI – Seribu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi di sini hari ini, bermuafakat menghantar poskad dengan mesej penuh ilham kepada pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri.

Pelajar tingkatan tiga hingga lima itu membawa poskad masing-masing, kebanyakannya buatan sendiri, dan membeli setem daripada wakil Pos Malaysia Berhad yang berada di sekolah, sebelum mengirim poskad yang dialamatkan kepada Mohd Faiz Subri, Penang FA, No 9, Jalan Scotland, 10450 Pulau Pinang.

Program sehari ‘Kepada Faiz Subri dengan Ingatan Mesra, Terima Kasih Encik Posman’ itu dianjurkan oleh Panel Bahasa Inggeris dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah, bertujuan meningkatkan kemahiran menulis dan bahasa Inggeris pelajar, selain mendedahkan mereka kepada perkhidmatan pos, poskad dan Pos Malaysia.

Guru bahasa Inggeris Nurul Azilah Mohd Saad, 47, berkata idea menganjurkan program itu tercetus selepas beliau mendapati sebahagian pelajarnya tidak tahu tentang poskad.

“Ini satu program yang bagus untuk pelajar yang merupakan anak-anak era Internet dan tidak tahu langsung bagaimana hendak menggunakan perkhidmatan pos,” katanya.


Mohd Faiz, pemain Pulau Pinang, menjadi tumpuan global menerusi gol luar biasa beliau yang terhasil daripada sepakan percuma semasa perlawanan menentang Pahang dalam aksi Liga Super pada Februari tahun lalu.

Pemain kelahiran Kedah itu juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama memenangi anugerah yang dinamakan sempena legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas.

Antara mesej yang dihantar kepada Mohd Faiz termasuk harapan agar pemain itu terus menghasilkan gol luar biasa dalam perlawanan akan datang. – BERNAMA

Kategori