• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Melecur Dalam Kebakaran 4 Buah Kilang

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang pekerja kilang warga Bangladesh melecur di tangan serta mengalami sesak nafas dalam kejadian kebakaran membabitkan empat buah kilang di Taman Perusahaan Ringan Juru, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai A’azelan Hassan berkata lelaki berusia 30-an itu dipercayai mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan diri dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.31 pagi dan jentera pertama dari BBP Perai tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian semasa api sedang marak di kilang perabot, iaitu kilang pertama yang terbakar.

“Api kemudian merebak ke tiga lagi kilang bersebelahan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata lapan jentera bersama 36 pegawai dan anggota bomba yang dibantu lebih 70 anggota daripada 10 pasukan bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran itu pada 12.06 tengah hari.

A’azelan berkata kilang perabot itu hangus lebih 80 peratus manakala tiga lagi terbakar antara 10 hingga 50 peratus dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, pemilik kilang perabot berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai David, 49, berkata syarikatnya kerugian lebih RM500,000 selepas semua mesin, kayu, stok baharu dan perabot di dalam kilang tersebut musnah dalamm kejadian terbabit. – BERNAMA

Tags: kebakarankilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd