• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Bincang Persiapan PRK Tanjung Datu Sabtu

oleh Ahmad Albab
18/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat pada Sabtu ini untuk membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu.

Timbalan Ketua Wanita PBB yang juga Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah berkata selain itu, mesyuarat tersebut juga akan membincangkan mengenai kekosongan jawatan presiden PBB.

PRK Tanjung Datu bakal diadakan selepas Ketua Menteri yang kelima Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lepas.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan mesyuarat berkaitan dengan PRK DUN Tanjung Datu akan diadakan esok di ibu Pejabat SPR, Menara SPR, Putrajaya bermula 9.30 pagi.

Mesyuarat SPR itu akan membincangkan tarikh hari penamaan calon, pengundian awal, pengundian dan senarai daftar pemilih yang akan digunakan bagi PRK DUN Tanjung Datu.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Tanjung Datu, Fatimah berkata, pengumuman akan dibuat oleh Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg atau Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

“Seperti biasa perkara mengenai calon akan dilakukan secara perbincangan dan persetujuan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 150 penerima pada majlis ‘Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina’ di sini hari ini.

Setakat ini, parti pembangkang PKR dilaporkan belum membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak manakala PAS Sarawak tidak akan bertanding sebagai menghormati Allahyarham Adenan.

Akhbar sebelum ini melaporkan antara calon yang diramal menjadi pilihan untuk bertanding pada PRK itu ialah balu kepada Allahyarham Adenan, Puan Sri Jamilah Anu dan anaknya Abdul Aziz Adenan serta bekas pegawai daerah Lundu Azmi Bujang. – BERNAMA

Tags: Dun SarawakPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd