• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Minta Penyokong PAS Jangan Undi PAS Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
23/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Amanah Nasional (PAN) menyeru penyokong PAS supaya tidak memberi undi kepada PAS sebaliknya mengundi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, penyokong PAS perlu memberi undi kepada Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO.

Beliau berkata PAS terus berdolak-dalik berhubung kerjasama dengan Pakatan Harapan sedangkan usaha menumbangkan UMNO adalah jihad yang mulia di sisi Allah S.W.T.

“PAS seharusnya meletakkan perjuangan menyelamatkan negara sebagai agenda perjuangan yang lebih utama. Ini adalah kerana menentang kezaliman dan kebatilan pemerintah adalah jihad yang paling mulia,” dakwanya seperti dilaporkan portal pro-pembangkang hari ini.

Faiz berkata, PAS sebuah parti yang hanya mementingkan diri berbanding mengutamakan kepentingan rakyat apabila menegaskan Pakatan Harapan dan PPBM mengikut cara parti itu sekiranya mahu mengadakan kerjasama.

Beliau mendakwa, PAS merupakan ‘spoiler’ kepada usaha menumbangkan UMNO dan kononnya rakyat mahu merubah tampuk pemerintahan negara.

“Perjuangan PAN bagi menukar kerajaan berteraskan prinsip integriti dan urus tadbir yang baik adalah perjuangan Islam,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd