Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kerjasama Perkhidmatan Awam M’sia-Singapura...

KUCHING - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerjasama dua...

Pemuda Dibelasah Gara-Gara Cinta...

JOHOR BAHRU - Gara-gara menjalin hubungan cinta dengan isteri orang, seorang pemuda berusia...

‘Dr Google’ Antara Punca...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengenal pasti bahawa kemunculan terlalu banyak 'Dr Google'...

Peminjam PTPTN Boleh Rujuk...

KUALA LUMPUR - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai masalah...

PAN Kata Caj 20 Sen Plastik Baik Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa langkah kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang digunakan orang ramai sesuatu yang baik untuk rakyat Selangor.

Pemimpin Pemuda PAN, Asim Abdullah Ainullotfi berkata, langkah tersebut walaupun menyebabkan rakyat Selangor perlu membayar 20 sen bagi setiap beg plastik yang mereka gunakan tetapi ia baik untuk persekitaran mereka.

“Plastik adalah antara komponen karbon yang menyumbang besar kepada pencemaran alam.

“Inisiatif kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik adalah satu usaha yang baik bagi mengurangkan penggunaan beg plastik oleh rakyat,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita propembangkang hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak inisiatif kerajaan Selangor yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik menambah bebanan ekonomi rakyat.


Justeru, beliau menyarankan Menteri Besar, Datuk Seri Mohemad Azmin Ali mewajibkan pasar raya dan kedai di Selangor menyediakan beg guna semula untuk kegunaan pelanggan mereka.

Beliau turut mencadangkan pengecualian penggunaan beg plastik secara berselang hari dilaksanakan secara berperingkat ke atas rakyat Selangor. – MYNEWSHUB.CC

Kategori