• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Makin Gila, Kata Sarawak Perlu Merdeka

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan terbukti sebuah gabungan parti pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk memecahbelahkan keharmonian hidup masyarakat Malaysia sejak berpuluh tahun lalu demi mencapai cita-cita memerintah negara ini.

Terbaru, salah seorang pemimpinnya, Hasanuddin Mohd. Yunus daripada Parti Amanah Negara (PAN) sanggup mendakwa kononnya rakyat Sarawak hidup menderita kerana kononnya sedang dijajah oleh kerajaan Malaysia.

Justeru, beliau dalam kenyataannya semalam menyarankan Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk memerdekakan negeri Sarawak daripada “BN Malaya”.

“Kami percaya anda tidak akan pejam mata sahaja apabila kekayaan Sarawak terus mengalir ke Semenanjung (Malaysia) tanpa sebab.

“Sudah boleh fikirkan untuk MEMERDEKAKAN Sarawak dari “BN Malaya” itu. Hasil mahsul SARAWAK untuk rakyat SARAWAK. Kekecewaan terhadap BN Si Penjajah itu wajar dirawat,” dakwanya dalam kenyataan itu.

Abang Johari, 66, mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di Kuching kelmarin,

Beliau menggantikan Adenan yang meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan.

Abang Johari merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr. James Masing. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapansarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd