• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Nil Dilantik Jadi Ikon Sekolah Bimbingan

oleh AK-47
27/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKENAL dengan personaliti mesra kanak-kanak, pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi menerima penghargaan apabila dilantik secara rasmi sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) oleh Kementerian Pendidikan, semalam.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nil berkongsi kegembiraan tersebut menerusi akaun Instagramnya apabila menerima sijil pelantikan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Media tempatan melaporkan pelantikan itu dibuat selepas mengambil kira peranan dan sumbangan Aznil mendampingi masyarakat serta sikap ambil kisah beliau terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Aznil yang sudah lebih 27 tahun terbabit dalam dunia penyiaran dan hiburan menganggap perlatikan tersebut sebagai peluang untuknya memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Sudah tiba masanya keutamaan dalam kerjaya itu berubah dan menyumbang kepada masyarakat.

“Saya akan cuba sedaya mungkin beri cahaya kepada murid-murid dengan menarik lebih banyak perhatian, bantuan termasuk ajak lebih ramai personaliti bantu SBJK melalui pengaruh dan populariti masing-masing,” katanya dipetik Mstar.

SBJK yang ditubuhkan pada 2013 bertujuan menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif bagi kanak-kanak jalanan dan terpingir.

Mereka dibantu supaya dapat mengurangkan kadar keciciran, memberi peluang membentuk laluan kerjaya serta membina insan yang berilmu, berkemahiran dan boleh berdirkari.

Perlantikan Aznil berkuat kuasa 1 Januari lalu hingga 31 Disember 2018 dijangka dapat memberi sinar baru kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak terpingir dan miskin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aznil haji nawawiIKONSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd