• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Negeri Cantik Budaya Menarik’ Di Muzium Terengganu

oleh AK-47
02/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pelancong ke Terengganu berpeluang mengenali negeri itu dengan lebih dekat menerusi Pameran Negeri Cantik Budaya Menarik di Muzium Negeri Terengganu sehingga 30 Jun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pameran itu akan menampilkan pelbagai khazanah dan destinasi menarik, sesuai untuk kunjungan masyarakat umum.

“Pameran Negeri Cantik Budaya Menarik ini sangat bertepatan dengan negeri ini kerana mempunyai produk pelancongan yang lengkap berbanding negeri lain.

“Anugerah yang ada ini hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin dan perlu dipelihara agar ia berkekalan hingga ke generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan pameran itu.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Katanya, antara destinasi menarik yang wajar diketengahkan ialah kawasan hutan di Bukit Bewah, Hulu Terengganu yang pernah menjadi kawasan penempatan manusia 16,000 tahun dahulu selepas penemuan rangka manusia zaman batu pertengahan dan rangka manusia zaman batu baru di Gua Tok Bidan.

“Begitu juga dengan kewujudan binatang zaman prasejarah dinosaur berdasarkan kepada penemuan gigi, tapak kaki dan daun sebagai sumber makanannya dalam bentuk fosil.

“Terengganu juga mempunyai tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara iaitu Tasik Kenyir yang di dalamnya terdapat Taman Burung, Taman Herba, Santuari Kelah, Taman Orkid, Gunung Bewah, Gunung Gagau serta beberapa air terjun seperti Air Terjun Sauk, Lasir, Petuan dan sebagainya.

“Kita juga mempunyai cengal besar di Sungai Loh, Hulu Dungun dan Melunak di Tasik Kenyir. Ini semua adalah anugerah untuk kita dalami, hayati dan memeliharanya agar kekal sepanjang zaman,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Mohd Yusof Abdullah berkata pameran enam bulan bermula semalam hingga 30 Jun depan itu merupakan aktiviti pertama LMNT tahun ini.

Katanya pameran yang memaparkan keindahan dan keunikan negeri melalui alam semula jadi dan budaya bertindak selaku medium promosi sempena Tahun Melawat Terengganu 2017. – BERNAMA

Tags: MuziumpameranTerengganuTMT 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd