Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Arah Zahid Bela...

Ahmad Zahid Hamidi perlu membela diri dalam 47 pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT),...

Perodua Bezza Mula Berada...

KUALA LUMPUR - Model Bezza 1.0L (transmisi automatik) memasuki pasaran Sri Lanka buat...

Harith Iskander Terima Pengiktirafan...

KUALA LUMPUR - Pelawak popular, Harith Iskander malam tadi menerima penghargaan daripada Kementerian...

Selangor Gagal Dapat Merayu...

PUTRAJAYA - Kerajaan negeri Selangor perlu meneruskan cabaran undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan...

Najib Yakin Abang Jo Dapat Teruskan Legasi Adenan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Ketua Menteri baharu Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Perdana menteri berkata ia termasuk membawa Sarawak terus maju dan kekal makmur.

“Tahniah atas pelantikan dan selamat bertugas sebagai ketua menteri Sarawak,” kata Najib dalam catatan di Facebook dan Twitter.

Abang Johari, 66, mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di Kuching petang ini.

Beliau menggantikan Adenan yang meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan.


Abang Johari merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing. – BERNAMA

Kategori