Sample Page Title

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak memohon sebarang permit bagi pertunjukan bunga api ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan itu.

“Kesemua mangsa yang menerima rawatan sebagai pesakit luar dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pertunjukan bunga api itu merupakan sebahagian daripada program Fiesta Gegar Klang anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Disember hingga hari ini.

Selain pertunjukan bunga api, program lain yang dijadualkan sepanjang fiesta itu termasuk jualan gerai, trak makanan, persembahan badut, persembahan motosikal, senamrobik perdana dan kayuhan santai basikal.

Alzafny berkata MPK selaku penganjur sepatutnya memohon permit bagi mengadakan pertunjukan bunga api itu.

Dalam kejadian itu, seramai 14 pengunjung iaitu 10 dewasa dan empat kanak-kanak melecur akibat terkena serpihan letupan bunga api.


Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan lima perempuan.

Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara.

Terdahulu, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden berkenaan.

Mohamad Yasid berkata langkah keselamatan diutamakan sepanjang program itu yang dihadiri kira-kira 15,000 orang. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada...

RM6.6 Bilion Kepada MARA, UiTM Sedia Akses Pendidikan Golongan Susah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak Bumiputera, khususnya daripada...

Jumlah Had Pegangan ASB Dan ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000 Berbanding RM200,000 Sebelum Ini

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada golongan...

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan...

Bantuan RM2,500 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500, Anak 5 Atau Lebih

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah...