Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Nahas Sriwijaya: 15 Beg...

JAKARTA - Operasi mencari dan menyelamat, SAR berjaya membawa keluar lapan lagi beg mayat...

Jemaah Malaysia Diminta Jaga...

MADINAH - Tahap disiplin tinggi jemaah haji Malaysia ketika mengerjakan ibadah haji, sering...

Seminar Media Sosial Perjelas...

MELAKA - Seminar media sosial negeri Melaka 2017 pada 5 September ini akan...

AmanahRaya Tandatangani Ikrar Bebas...

KUALA LUMPUR - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah...

Mewah, Lawatan Sekolah Sambil Belajar Ke Melbourne

UNTUNGNYA budak sekolah kini apabila sudah boleh ‘makan angin’ ke luar negara bersama rakan  dalam satu lawatan sambil belajar yang dianjurkan pihak sekolah.

Terkini, sekeping gambar tular di media sosial dan mesej di aplikasi Whatsapp memaparkan surat kebenaran daripada ibu bapa untuk program lawatan sambil belajar ke Melbourne, Australia.

Dalam surat tersebut jelas memaparkan nama Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas yang menganjurkan lawatan berkenaan yang akan diadakan selama enam hari iaitu pada 1 April hingga 6 April tahun ini.

Lawatan tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM3,500 dan boleh dibayar secara ansuran yang melibatkan tiket penerbangan, melawat ke beberapa tempat menarik, penginapan hotel, visa, makanan dan 20 kg beg pakaian serta insurans.

Terdapat beberapa peraturan yang disertakan dalam surat permohonan tersebut antaranya sekolah tidak akan bertanggungjawab dengan kehilangan harta benda atau kemalangan yang membabitkan peserta tetapi mereka akan memastikan keselamatan murid.

Perkongsian gambar tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang kebanyakan menganggap murid sekolah kini beruntung kerana dapat ke luar negara di usia muda.

Mewah, Lawatan Sekolah Sambil Belajar Ke Melbourne

Ada netizen yang menjelaskan zaman belajar mereka dahulu hanya ke Zoo Negara, Muzium Negara dan tempat bersejarah di dalam negara sahaja.

“Dulu rombongan sekolah pun, pergi Taman Rama-Rama Penang ja..tu pun puas pujuk mak ayah nak pi..syok naik bas jaaa..budak2 situ setakat Melbourne tu rileks jaaa..dah selalu dah jalan..apa ada hal…tapi sapa yang buat borang ni, teruk bebenor,” tulis Nur Asyiqin Ahmad menerusi ruangan komen di Facebook.


“Nama pun Sri Hartamas..kawasan orang2 kayo tu..memang tak pelik laa..itu belum lagi yang sekolah menengah..pergi sekolah pun naik superbike,” tulis Hanep Lagenda.

Bagaimanapun, perkongsian gambar tersebut juga menimbulkan persoalan netizen dengan pengisian borang tersebut yang dipenuhi dengan gambar dan mengelirukan.

Ada netizen yang menganggap surat permohanan tersebut berserabut dan mungkin dianggap palsu.

“Sape buat borang lawatan ni..serabut aku tengok tempek gambar sana sini,” tulis Farhan Ishak.

Tidak dapat dipastikan sama ada surat kebenaran ini benar-benar wujud atau sebaliknya namun perkongsian ini jelas menimbulkan ‘cemburu’ murid lain dan netizen yang pada zaman mereka tiada lawatan sambil belajar ke luar negara. – MYNEWSHUB.CC

Kategori