• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Sosial: Hidup Aku Hak Aku

oleh Ahmad Albab
16/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengguna media sosial melahirkan perasaan kurang gembira kerana kehidupan peribadinya di laman Instagram (IG) terasa dicerobohi apabila menerima teguran majikan.

Bagi pengguna IG, laman sosial ini dikonsum untuk menikmati trend posing dan posting peribadi. Justeru, ia dianggap milik mutlak individu dan tidak sepatutnya wujud campur tangan mana-mana pihak termasuk majikan.

Akaun laman sosial dalam takrifan peribadi, dianggap bukan sebahagian daripada aset profesional yang perlu dikaitkan dengan majikan.

Sebelum didebatkan mengenai akaun laman sosial dan intergriti profesional, elok dirujuk kes membabitkan komen laman sosial mengenai kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini.

Penahanan editor Sarawak Post dianggap biasa kerana posting komen mencela Adenan dianggap melampau bagi sebuah laman sosial yang bersifat pemberitaan. Namun, kes penghantaran pulang penjawat awam dari Kedutaan Malaysia di Filipina dan penahanan pelajar berusia 15 tahun – adalah gambaran: Posting kurang bijak akan merosakkan nama baik institusi.

Dalam kes penjawat awam di peringkat diplomatik, ia memberi gambaran ketidakcekapan kementerian menapis pengambilan sumber manusia bagi jawatan yang berprofil tinggi. Bagi isu penahanan pelajar, ia akan membuka lembaran baharu untuk kita melihat bentuk tindakan yang bakal dikenakan.

Sebelum ini, dua warga Malaysia menjadi pelarian mencari suaka politik juga kerana komen liar di media sosial. Ali Abdul Jalil lari ke Sweden kerana enggan berdepan tindakan undang-undang kerana komen mengkritik institusi kesultanan. Manakala Alvin Tan lari ke Amerika Syarikat setelah kesnya dibawa ke mahkamah kerana menghina Islam.

Ini senario bagi menggambarkan impak media sosial yang dilaungkan sebagai hak peribadi.

Sekiranya anda bekerja sebagai broker saham, adalah sesuatu yang berbahaya sekiranya akaun media sosial anda memuatkan status: Beli kapal, jangan beli minyak. Secara perundangan anda telah melakukan spekulasi kerana status anda sebagai pedagang saham akan membuatkan post anda dianggap tips.

Secara profesi anda telah meletakkan syarikat dalam keadaan genting berkaitan isu perlesenan.

Sekiranya anda bekerja sebagai pasukan keselamatan, adalah tidak wajar anda memuatkan post berkaitan suasana berseronok di tempat kerja. Foto anggota pasukan keselamatan melompat girang di dalam pejabat sekali pun meraikan sambutan hari lahir, akan menimbulkan kegelisahan awam.

Masyarakat akan memberikan respons persepsi mengenai persekitaran kerja pasukan keselamatan.

Sekiranya anda penjawat biasa dan merungut mengenai suasana tempat kerja, maka secara terbuka anda telah memberikan persepsi umum: Pejabat anda penuh tekanan.

Ini batas-batas mengenai had kebebasan di media sosial. Tentulah menjenakakan kalau ada post penjawat CNN, dalam bilik berita yang dipenuhi dengan hos dan wartawan sedang sibuk menggayakan fesyen. Akan wujud persepsi: Apakah wartawan dan hos hidupnya heboh dengan peragaan?

Status seorang penjawat di jabatan agama pula akan dianggap tidak beretika sekiranya akaun sosialnya dimuatkan dengan kata-kata: Artis datang minta cerai. Suami tak mampu sediakan kemewahan!

Sensasi post ini walaupun tidak menyebut nama artis, tetap dianggap satu manipulasi maklumat yang tidak beretika.

Justeru, apabila penjawat menganggap akaun media sosial sebagai milik peribadi: Apakah ini realiti yang perlu dipenuhi? Apakah benar, akaun laman sosial tidak wajar dikaitkan dengan profesionnya?

Apakah berertika kalau pemandu lori memuatkan naik status: Saya mengantuk tapi demi elaun saya buka mata juga!

Atau seorang penyapu sampah menulis: Buanglah banyak sampah supaya syarikat kami mendapat banyak tender!

Ertinya, sekali pun anda pemandu lori atau penyapu sampah, posting peribadi akan mengheret majikan anda dalam penghakiman umum. Sudah tentu, ia tidak adil apabila akaun laman sosial anda menjahanamkan nama baik syarikat tempat anda bekerja.

Jadi, laman sosial bukan hak peribadi. Apa lagi kalau anda bekerja di institusi yang sensitif pada justifikasi awam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: instagrammedia sosialpengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

30/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius satu hantaran media sosial yang didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta ajaran mengelirukan...

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd