• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBI Tak Pernah Terima Permohonan Panjat ‘IPOH’

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk memanjat papan tanda ‘IPOH’ daripada mana-mana pihak, kata Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man.

Beliau berkata dakwaan sekumpulan remaja bahawa MBI meluluskan permohonan mereka untuk memanjat papan tanda di Jalan Kuala Kangsar adalah satu penipuan.

“Saya sudah semak, tidak ada satu kelulusan pun yang diberi oleh semua ketua jabatan termasuk MBI. Sekiranya ada yang buat permohonan pun kita tidak akan benarkan,” katanya kepada pemberita pada sambutan ambang tahun baharu dan majlis pelancaran Tahun Melawat Perak 2017 di sini malam tadi.

Gambar memanjat itu menjadi viral sejak empat hari lalu antaranya di laman sosial Instagram dan YouTube menunjukkan sekumpulan remaja lelaki serta perempuan memanjat papan tanda dengan ketinggian lebih 20 meter itu.

Selain itu, kumpulan remaja berkenaan juga merakamkan aksi baring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka tiang papan tanda tersebut.

Zamri berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan kebenaran kepada orang awam untuk memasuki kawasan tersebut mahupun memanjat papan tanda itu kecuali kepada kontraktor penyelenggara.

MBI Tak Pernah Terima Permohonan Panjat 'IPOH'

MBI Tak Pernah Terima Permohonan Panjat 'IPOH'

MBI Tak Pernah Terima Permohonan Panjat 'IPOH'

“Kontraktor yang melakukan kerja-kerja selenggara pun kita pastikan mereka mengikut ciri-ciri keselamatan yang lengkap dengan memakai tali keselamatan selain menggunakan kren,” katanya.

Tegas Zamri, aksi remaja terbabit dengan baring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka tiang papan tanda tersebut boleh dikategorikan sebagai vandalisme.

“Kerangka tiang papan tanda itu boleh rosak dan menimpa pengguna jalan raya kerana struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan berjumpa dengan sekumpulan remaja terbabit, Zamri berkata kemungkinan pihaknya akan berjumpa dengan mereka dan pada masa yang sama meminta pihak polis menjalankan siasatan.

Pihak MBI telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada 12.45 malam tadi. – BERNAMA

Tags: Ipohviral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd