• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Depan Sabah Terletak Pada Perpaduan Rakyat

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kekuatan Sabah untuk menuju masa depan yang lebih baik terletak pada perpaduan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kepelbagaian tradisi, bahasa etnik dan kepercayaan agama di Sabah tidak merenggangkan rakyat, tetapi sebaliknya mewujudkan keharmonian dan memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan rakyat.

“Mari kita pupuk semangat muhibah dalam semua yang kita lakukan. Perpaduan merupakan kunci kepada kejayaan bagi semua yang kami rancang untuk Sabah.

“Kestabilan politik dan ekonomi berterusan adalah penting dalam memastikan Sabah dapat membangun setara dengan negeri lain di Malaysia dan ini termasuk meningkatkan taraf hidup.

“Mari kita rapatkan barisan dan berusaha ke arah Sabah yang lebih progresif,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2017, di sini, hari ini.

Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap kesejahteraan semua rakyatnya, Musa berkata kerajaan akan terus mendengar maklum balas daripada semua lapisan masyarakat termasuk kaum Cina.

“Saya beri jaminan kepada masyarakat Cina bahawa kami sentiasa terbuka untuk mendengar daripada anda dan untuk mencari jalan bagi merumuskan penyelesaian yang memanfaatkan masyarakat ini dan amnya penduduk Sabah,” katanya.

Musa mengambil perhatian bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan dan sokongan masyarakat Cina di Malaysia, terutamanya dalam memajukan sektor ekonomi dan perdagangan.

Beliau turut mengakui bahawa aspek keselamatan amat penting dalam memastikan perdagangan dan aktiviti harian lain, seperti menyambut dan meraikan perayaan, dapat dilakukan tanpa rasa bimbang dan takut.

“Menerusi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), kami telah gariskan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan kita dan kedaulatan kita”.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia di Sabah untuk menyokong langkah keselamatan yang dilaksanakan kerajaan dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dan memastikan semua pekerja di negeri itu didokumenkan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa AmanSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd