• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marah Disoal Siasat Remaja Tumbuk Polis URB

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Marah disoal siasat, seorang remaja berusia 17 tahun bertindak menumbuk seorang anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian 11.10 malam tadi di sini.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata terdahulu, mangsa yang berpangkat koperal sedang melakukan rondaan mencegah jenayah bersama rakan sekerja di Jalan Tudan sebelum terserempak dengan remaja tersebut.

“Suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan mangsa mengarahkan suspek berhenti tetapi remaja itu enggan dan terus memecut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pasukan URB itu kemudian bertindak mengejar suspek yang kemudian terjatuh di atas jalan selepas motosikalnya terlanggar kon keselamatan yang diletak di tepi jalan terbabit.

Remaja berkenaan enggan memberi kerjasama ketika disoal siasat oleh anggota polis terbabit namun tiba-tiba marah apabila ditanya tentang telefon bimbit dan dompet miliknya.

“Suspek menghampiri mangsa serta terus menumbuk mangsa dua kali dengan tumbukan pertama mengenai dagu dan yang kedua di telinga kanan walaupun cuba dihalang mangsa,” katanya

Susulan itu remaja terbabit ditangkap atas kesalahan seksyen 332 Kanun Keseksaan menganggu penjawat awam menjalankan tugas dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggang adalah milik kakaknya. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd