• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Sasar Buka Kompleks Industri Di Setiap Negeri

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan untuk membuka kompleks industri MARA di setiap negeri bagi menarik lebih ramai usahawan tempatan menceburi pasaran halal global.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata setakat ini terdapat tujuh kompleks yang dikategorikan sebagai Taman Halal di seluruh negara bagi merealisasikan misi berkenaan.

“Antara fokus utama adalah menggalakkan usahawan untuk menceburi pasaran halal global yang bernilai RM7.4 trilion setahun dan daripada jumlah tersebut, nilai eksport produk halal dari Malaysia sahaja mencecah RM37.7 bilion,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) di Batu Caves, di sini hari ini.

KIMAR menyediakan 19 lot kilang mengikut jenis produk yang dikeluarkan oleh usahawan dengan semua kemudahan disediakan untuk memenuhi piawaian Amalan Pengilangan yang Baik (GMP).

Kompleks seumpama itu juga terdapat di Tambun (Perak), Pengkalan Chepa (Kelantan), Kuala Perlis (Perlis), Demak Laut (Sarawak) dan Taman Pengeluar Produk Usahawan (TPPU) di Pedas (Negeri Sembilan).

Alexander berkata produk usahawan KIMAR kini turut menjadi pilihan hypermarket tempatan seperti Mydin, Giant, Tesco malah turut menembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura dan Arab Saudi.

Turut dilancarkan di majlis sama ialah program online ‘e-marketplace’, Amaxmall yang merupakan platform urusniaga lebih 200 produk usahawan MARA. – BERNAMA

Tags: Alexander Nanta LinggiMARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd